KARDIGAN bermotifkan batik memberi gaya luar biasa.
KARDIGAN bermotifkan batik memberi gaya luar biasa.
UNIK dan istimewa menjadikan koleksi Megat Mizan sesuatu yang perlu dimiliki.
UNIK dan istimewa menjadikan koleksi Megat Mizan sesuatu yang perlu dimiliki.
SESUAI digayakan individu yang berani berfesyen.
SESUAI digayakan individu yang berani berfesyen.
MEMBERIKAN gaya yang luar biasa dengan motif batik.
MEMBERIKAN gaya yang luar biasa dengan motif batik.
Oleh Siti Nadirah Hafidzin

Diilhamkan untuk mengangkat martabat fabrik batik dalam fesyen kotemporari dan moden menjadikan koleksi daripada Megat Mizan sesuatu yang istimewa dan unik.

Memberi kelainan dalam setiap koleksi, koleksi batik yang diubah suai itu tampak lain daripada yang lain dan memberikan gaya unik si pemakai.

Menurut pengasas jenama itu, Megat Faisal Mizan Abdul Halim, koleksi pertamanya dihasilkan sempena sambutan Aidilfitri lalu dan mendapat sambutan di luar jangkaan.

“Selepas mendapat sambutan menggalakkan sehingga semua helaian habis dijual, saya terus mengorak langkah dengan menghasilkan pelbagai jenis pakaian untuk wanita juga lelaki.

“Melihat kepada golongan yang gemar berfesyen, namun tidak mempunyai banyak pilihan unik terutama fesyen yang mempunyai sentuhan tradisional lantas terhasillah koleksi ini,” katanya.

Megat Faisal yang mengakui amat menggemari batik berkata, koleksi kardigan dan jaket bermotifkan batik rekaannya pasti memberi gaya luar biasa kepada wanita yang berani berfesyen.

“Selain koleksi itu, saya turut menghasilkan seluar untuk wanita yang direka dengan potongan longgar dan memberi keselesaan ketika digayakan juga kelihatan anggun dan eksklusif dalam fabrik batik.

“Pelbagai warna ceria digunakan dalam koleksi ini, namun ada juga koleksi yang hanya menggunakan warna asas batik seperti coklat kerana ia lebih unik,” ujarnya.

Tambahnya, selain untuk wanita, dia turut menghasilkan koleksi untuk lelaki iaitu baju kemeja berlengan pendek dan panjang dengan potongan moden iaitu bahagian badan yang agak labuh disertakan dengan elemen batik pada perincian.

“Ada juga koleksi yang direka menggunakan material batik sepenuhnya untuk beberapa rekaan. Lebih istimewa, semua koleksi batik ini sesuai digayakan ke pelbagai acara istimewa dan kasual selain saya menjanjikan setiap helaian dijual eksklusif kerana ia amat terhad,” katanya.

Dengan rekaan berkualiti dan eksklusif itu, harga yang ditawarkan untuk semua koleksinya amat berpatutan iaitu sekitar RM100 hingga RM300.

Semua maklumat berkaitan koleksi istimewa batik Megat Mizan boleh didapati dengan melayari laman web www.megatmizan.com atau di Instagram @megatmizan_.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 Februari 2016 @ 5:00 AM