Vietnamese soldiers stand guard near an entrace of the Dong Dang railway station, where North Korean leader Kim Jong Un is expected to arrive by train ahead of the second US-North Korea summit, in Lang Son on February 25, 2019. - US President Donald Trump and North Korean leader Kim Jong Un meet in Hanoi this week, faced with putting meat on the bones of the vaguely worded declaration that emerged from their historic first summit in Singapore. (Photo by Nhac NGUYEN / AFP)
Vietnamese soldiers stand guard near an entrace of the Dong Dang railway station, where North Korean leader Kim Jong Un is expected to arrive by train ahead of the second US-North Korea summit, in Lang Son on February 25, 2019. - US President Donald Trump and North Korean leader Kim Jong Un meet in Hanoi this week, faced with putting meat on the bones of the vaguely worded declaration that emerged from their historic first summit in Singapore. (Photo by Nhac NGUYEN / AFP)
Siti Nadirah Hafidzin


AIDILFITRI sinonim dengan busana indah dan penampilan menawan. Tanyalah mana-mana wanita mengenai baju raya, pasti ramai yang memiliki lebih daripada sepasang persalinan.

Memasuki minggu kedua lebaran, kebanyakan wanita kini kembali sibuk mencari busana sesuai untuk digayakan ke jemputan rumah terbuka.

Begitulah lumrah wanita yang sentiasa mahu tampil cantik terutama ketika Syawal. Walaupun ada antara golongan itu yang memilih untuk bersederhana namun tidak dapat dinafikan mereka tetap mahu kelihatan manis dan menawan ketika bersua muka dengan ahli keluarga serta kenalan.

Sempena Aidilfitri tahun ini, jenama fesyen tempatan, Pakaryta Exclusive tampil dengan variasi koleksi Muslimah yang direka menepati ciri diinginkan dalam setiap helaian busana.

Menurut pengasasnya, Nurul Hasnita Taharim, pihaknya menampilkan lebih daripada empat koleksi busana berbeza yang masing-masing mempunyai keistimewaan tersendiri mengikut cita rasa pelanggan.

“Koleksi terbaru adalah kebarung batik, kurung, kebarung biasa, jubah seluar dan abaya. Paling istimewa, semua koleksi ini mempunyai zip tersorok di bahagian depan baju dan sesuai untuk ibu yang menyusukan bayi selain mesra wuduk. Semua ciri ini sangat sesuai digayakan ketika Aidilfitri,” katanya yang menjalankan perniagaan di Johor Bahru.

Menurutnya, fabrik yang digunakan juga adalah jenis lembut, sejuk dan selesa dipakai walaupun ketika hari panas atau sibuk.

“Kami sangat mementingkan keselesaan pelanggan dan disebabkan itu, semua koleksi ini dihasilkan dengan potongan istimewa dan memudahkan pergerakan.

“Umum mengetahui wanita terutama yang bergelar ibu sangat sibuk menguruskan pelbagai urusan pada hari raya dan soal busana dipakai juga sangat mempengaruhi emosi wanita,” ujarnya.

Katanya, pihaknya juga menawarkan koleksi busana yang didatangkan dalam pelbagai rona sama ada warna lembut, terang menyerlah mahupun gelap.

“Lebih menarik, semua koleksi mempunyai saiz sehingga 2XL dan dijual pada harga RM100 hingga RM130 sempena tawaran Aidilfitri.

“Kami mahukan setiap pelanggan yang menyarung busana koleksi ini tersenyum manis tanpa berasa rimas, panas dan tidak selesa ketika menyambut hari raya,” katanya. Pembelian boleh dilakukan secara atas talian atau di butik.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Jun 2019 @ 5:00 AM