Serbuan di pondok yang dijadikan tempat berjudi malam tadi. FOTO ihsan PDRM
Serbuan di pondok yang dijadikan tempat berjudi malam tadi. FOTO ihsan PDRM
Mohd Sabran Md Sani


Johor Bahru: Polis Johor menahan lapan kaki judi berusia 23 hingga 70 tahun menerusi operasi di sebuah pondok di kebun sawit di Jalan Sentral Paloh, Kluang, malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Senior Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat berkata, penahanan semua suspek terbabit hasil serbuan pegawai dan anggota Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor pada 9.30 malam.

Katanya, operasi bersama anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Johor Bahru Selatan (JBS) dan Kulai itu turut merampas pelbagai barangan perjudian dan wang tunai.

"Antaranya, 14 keping cip bulat merah jambu, hijau (lima), cip empat keping hijau (18), cip empat segi merah (30), putih (16), satu mangkuk kecil bersama tiga dadu dan satu meja.

"Turut dirampas alat generator dan wang tunai berjumlah RM14,183," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Februari 2016 @ 1:50 PM