PEMANDANGAN kampung di sepanjang Sungai Sarawak dirakam Unit Dron Jabatan Pertahanan Awam Negeri Sarawak untuk memantau situasi banjir pada 10 Februari lalu. FOTO Bernama
PEMANDANGAN kampung di sepanjang Sungai Sarawak dirakam Unit Dron Jabatan Pertahanan Awam Negeri Sarawak untuk memantau situasi banjir pada 10 Februari lalu. FOTO Bernama
Abd Rahman Adam


Kuching: Keadaan banjir di Sarawak dilaporkan semakin pulih dengan 1,748 mangsa banjir daripada 479 keluarga masih ditempatkan di pusat pemindahan sehingga jam 8 pagi tadi.

Jumlah itu menunjukkan penurunan daripada 2,566 mangsa banjir membabitkan 699 keluarga sehingga 5 petang semalam.

Malah, pusat pemindahan di Dewan Kampung Panglima Seman turut ditutup.

Empat pusat pemindahan di sekitar Kuching iaitu Dewan Kampung Pulo Ulu, Dewan Batu Kitang Jaya, Dewan Semerbak dan Dewan Tupong Jaya dijangka tutup pada hari ini berikutan banjir yang semakin pulih.

Bagaimanapun, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Alam Negeri memaklumkan operasi pemantauan masih dilakukan oleh agensi dan jabatan berkaitan berikutan perkembangan cuaca tidak menentu.

Manakala, empat pusat pemindahan di Serian iaitu Sekolah Kebangsaan Tanah Merah, Dewan Serbaguna Kampung Lintang Baru, Dewan Kampung Kanowit dan Surau Hadhari masih beroperasi.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 Februari 2016 @ 10:31 AM