PUSAT pemindahan yang menempatkan mangsa banjir di Dewan Suarah di Kuching. FOTO Jeakqleyn Yacho
PUSAT pemindahan yang menempatkan mangsa banjir di Dewan Suarah di Kuching. FOTO Jeakqleyn Yacho
Abd Rahman Adam


Kuching: Banjir di Sarawak kini beransur pulih apabila jumlah mangsa ditempatkan ke pusat pemindahan menurun daripada 4,837 pada 2 petang tadi kepada 2,566 setakat 5 petang.

Daripada jumlah itu, 2,213 mangsa daripada 607 keluarga ditempatkan di lima pusat pemindahan di Kuching, manakala selebihnya ditempatkan di empat pusat pemindahan di Serian.

Jurucakap Sakretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, selain empat pusat pemindahan di Bau iaitu Dewan Serbaguna Kampung Pangkalan, SK Siniawan, Masjid Darul Ehsan dan Surau Dahrul Idayah, 15 pusat pemindahan di Kuching turut ditutup hari ini.

Katanya, keputusan menutup pusat pemindahan dibuat berikutan keadaan banjir di semua kawasan terjejas sebelum ini semakin pulih.

"Ketika ini, keadaan cuaca di dua daerah iaitu di Kuching dan Bau baik dengan taburan hujan yang kurang, manakala paras air sungai kembali normal," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Februari 2016 @ 7:58 PM