Mangsa banjir di pusat pemindahan SRB Chung Hua Sejijak, dibawa menaiki trak JPAM selepas dibenarkan pulang petang tadi. FOTO ihsan JPAM
Mangsa banjir di pusat pemindahan SRB Chung Hua Sejijak, dibawa menaiki trak JPAM selepas dibenarkan pulang petang tadi. FOTO ihsan JPAM
Abd Rahman Adam


Kuching: Jumlah mangsa banjir di Sarawak yang dipindahkan terus berkurangan apabila 1,478 mangsa masih ditempatkan di pusat pemindahan setakat 10 malam tadi, berbanding 2,566 orang 5 petang tadi.

Mangsa banjir daripada 221 keluarga itu ditempatkan di lapan pusat pemindahan di Kuching dan Serian.

Jurucakap Sakretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata, empat pusat pemindahan di Kuching iaitu Dewan Kg Pulo Ulu, Dewan Bt Kitang, Dewan Semerba SMK Bt Kawa serta Dewan Tupong dijangka tutup esok.

Katanya, keadaan cuaca baik dengan taburan hujan berkurangan minggu ini dijangka memulihkan situasi banjir di negeri ini.

"Setakat ini, pasukan penyelamat masih berada di lokasi terjejas untuk pemantauan namun berdasarkan maklumat awal, situasi di semua kawasan terbabit bertambah baik,"katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Februari 2016 @ 11:34 PM