PEMAIN kategori B-18 lelaki  meraikan kejayaan.
PEMAIN kategori B-18 lelaki meraikan kejayaan.
PEMAIN kategori B-18 perempuan bergambar kenangan.
PEMAIN kategori B-18 perempuan bergambar kenangan.
Oleh Azraf Sidek

Tangkak, Johor: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ledang muncul juara berganda apabila menyapu bersih kedua-dua kategori B-18 lelaki dan perempuan pada kejohanan bola baling MSSD Tangkak di Kompleks Sukan Kundang Ulu, Tangkak.

Lebih manis lagi apabila pasukan B-18 perempuan SMK Ledang mengekalkan kejuaraan bagi tiga tahun berturut-turut.

Kejayaan itu adalah hasil usaha keras semua pihak terutama Pengetua SMK Ledang Mustaffa Ma’rof dan Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum Latif Samad.

Pasukan MSSD Tangkak yang turut dianggotai beberapa pemain SMK Ledang akan bersaing pada peringkat Majlis Sukan Sekolah Johor tidak lama lagi.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Februari 2016 @ 5:10 AM