PASUKAN Tangkak B-18 memperagakan pingat kemenangan selepas muncul juara MSSJ 2016.
PASUKAN Tangkak B-18 memperagakan pingat kemenangan selepas muncul juara MSSJ 2016.
Hai Rozzaman Jalal

Tangkak: Daerah Muar muncul juara keseluruhan Kejohanan Bola Keranjang Majlis Sukan Sekolah Johor (MSSJ) apabila mengungguli kategori lelaki 12 tahun (B-12) dan ketiga lelaki B-18.

Kejohanan tiga hari anjuran bersama MSSJ dan Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Tangkak selaku tuan rumah itu bertujuan memilih wakil negeri ke peringkat Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) yang dijangka diadakan bulan depan.

Empat kategori dipertandingkan iaitu Lelaki B-12 (L-12), Perempuan B-12 (P-12), Lelaki B-18 (L-18) dan Perempuan B-18 (P-18) dengan setiap kategori disertai 11 pasukan dari seluruh Johor.

Bagi kategori L-12, Muar muncul juara selepas menewaskan Kluang diikuti Pontian di tempat ketiga. Batu Pahat mengungguli kategori P-12 apabila menewaskan Pontian manakala Pasir Gudang ketiga selepas menundukkan Kulai.

Tuan rumah, Tangkak menjuarai kategori L-18 menewaskan Pasir Gudang manakala Muar (ketiga) dan Johor Bahru (keempat).

Kategori P-18 dimenangi Segamat yang mengalahkan Kulai manakala Johor Bahru dan Kluang masing-masing berpuas hati di tempat ketiga dan keempat. Hadiah kepada pemenang disampaikan Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Tangkak Mahmud Sarlan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Mac 2016 @ 7:48 AM