Oleh Aziman Rosdi


Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bakal berada dalam masalah andai presidennya Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (gambar) melepaskan jawatan dalam tempoh terdekat memandangkan tiada calon dalam badan induk itu yang mampu menggantikannya.

Pandangan itu disuarakan bekas Naib Presiden Datuk Seri Dr Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar yang menganggap FAM memerlukan individu cukup berpengaruh untuk memimpin organisasi sukan nombor satu itu.

“Jika Tengku Abdullah benar-benar mahu mengosongkan jawatannya, saya fikir ia akan memberi masalah besar kepada FAM kerana sebelum ini beliau diberi penghormatan ahli gabungan. Justeru, jika orang lain yang memimpin, ia agak susah.

“Jika peletakan jawatan itu diterima, mereka harus mengadakan pemilihan presiden baru tetapi buat masa ini, saya tidak nampak ada sesiapa yang mampu menjadi penggantinya kerana jawatan itu terlalu besar,” katanya kepada Arena Metro semalam.

Tengku Abdullah yang dilantik sebagai Presiden FAM bagi penggal 2014-2018 dikatakan semakin hampir untuk melepaskan jawatannya selepas memberi bayangan FAM mungkin akan mendapat presiden baru dalam ucapan pada satu majlis rasmi badan induk itu baru-baru ini.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Februari 2016 @ 5:19 AM