PENDUDUK tempatan melihat bangkai ikan di pantai. FOTO Mohammad Ishak
PENDUDUK tempatan melihat bangkai ikan di pantai. FOTO Mohammad Ishak
Mohammad Ishak


Besut: Bangkai seekor ikan paus dianggarkan seberat satu tan ditemui penduduk di pantai Kampung Benting Lintang, Besut, 10 pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Benting Lintang, Ghazali Daud berkata, dia dimaklumkan oleh penduduk kampungnya mengenai penemuan bangkai terbabit.

Menurutnya, dia yang ke lokasi mendapati keadaan ikan paus berkenaan sudah busuk dan mereput.

Katanya, spesis ikan terbabit jarang ditemui di kawasan perairan Besut dan agak pelik melihat ia terdampar di situ.

"Ramai penduduk tempatan datang ke pantai untuk melihat sendiri bangkai ikan itu selepas mengetahui mengenai penemuannya itu," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 January 2016 @ 3:36 PM