OBJEK itu ditemui terdampar kira-kira 50 meter dari pantai. FOTO ihsan Pembaca
OBJEK itu ditemui terdampar kira-kira 50 meter dari pantai. FOTO ihsan Pembaca
Fitri Nizam


Besut: Polis sudah menghubungi Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk menyiasat penemuan objek dipercayai serpihan pesawat di pantai Kampung Benting Lintang, Besut.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rosli Abd Rahman berkata, pihaknya menghubungi kedua-dua agensi itu selepas menerima maklumat daripada orang awam 3.45 petang tadi mengenai penemuan itu.

Menurutnya, polis kini berada di lokasi penemuan terbabit bagi memastikan objek berkenaan tidak diusik sementara menunggu pasukan penyiasatan tiba.

"Berkemungkinan pasukan penyiasat dari DCA dan TUDM dalam perjalanan ke lokasi ketika ini," katanya.

Difahamkan, objek sebesar dua meter itu ditemui terdampar kira-kira 50 meter dari pantai.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 January 2016 @ 7:16 PM