KEADAAN mayat yang ditemui. FOTO Mohammad Ishak
KEADAAN mayat yang ditemui. FOTO Mohammad Ishak
Oleh Mohammad Ishak


Jertih: Sekumpulan penduduk yang sedang mencari telur penyu di Pantai Benting Lintang, dekat sini, gempar apabila menemui mayat lelaki tanpa pakaian, pagi tadi.

Mangsa ditemui pada 6.30 pagi ketika penduduk menyusuri persisiran pantai dan ternampak satu objek terdampar di pantai berkenaan.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Khaled Che Lah ketika dihubungi berkata, polis menerima panggilan kira-kira 7.45 pagi daripada penduduk yang menemui mayat berkenaan.

"Mangsa berusia antara 45 dan 50 tahun dengan ketinggian 178 sentimeter dan dipercayai warga asing. Mayat itu juga dipercayai hampir seminggu terdampar di pantai berkenaan.

“Bagaimanapun, tiada sebarang dokumen ditemui bersama mangsa ketika pemeriksaan dilakukan. Mayat terbabit kini disimpan di bilik mayat hospital berkenaan untuk siasatan lanjut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Mac 2015 @ 7:31 PM