ADUN Jertih, Datuk Muhammad Pehimi Yusof (dua kiri) melihat objek dipercayai serpihan pesawat yang terdampar berhampiran pantai Beting Lintang, Besut. FOTO Mohamad Ishak
ADUN Jertih, Datuk Muhammad Pehimi Yusof (dua kiri) melihat objek dipercayai serpihan pesawat yang terdampar berhampiran pantai Beting Lintang, Besut. FOTO Mohamad Ishak
Oleh Zatul Iffah Zolkifly


Besut: Pakar penyiasat Jabatan Penerbangan Awam (DCA) akan menyiasat objek dipercayai serpihan pesawat yang ditemui, di sini, esok.

Pengarah DCA Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman berkata, pakar dari ibu pejabat DCA akan ke lokasi bagi memeriksa penemuan itu pagi esok.

"Ketika ini masih belum dapat sahkan mengenai penemuan itu sama ada daripada serpihan pesawat atau sebaliknya," katanya ketika dihubungi, di sini, malam tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Khaled Che Lah berkat, objek yang ditemui penduduk di kawasan pantai Kampung Benting Lintang itu sudah dibawa ke Balai Polis Kampung Raja.

"Ia adalah bagi mengelakkan serpihan itu daripada diganggu sebelum pihak DCA tiba untuk pemeriksaan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 January 2016 @ 10:15 PM