AGUERO (kiri) ledak gol penyamaan City pada minit ke-80.
AGUERO (kiri) ledak gol penyamaan City pada minit ke-80.
AFP

London: Manuel Pellegrini tegas menafikan Manchester City terlalu bergantung kepada seorang pemain walaupun mereka sekali lagi mengharapkan Sergio Aguero untuk meledak jaringan ketika pasukannya seri 2-2 di West Ham.

Aguero menyamakan kedudukan pada minit ke-80 dan ia gol keduanya di Upton Park kelmarin manakala Enner Valencia turut menjaringkan dua gol pada minit pertama dan ke-56 buat West Ham.

Skuad kendalian Pellegrini itu hanya menang sekali sepanjang aksi di tempat lawan sejak September lalu dan tidak berupaya mencatat kemenangan berganda dalam aksi liga sejak 17 Oktober.

Kelmarin, catatan itu mungkin bertambah buruk jika tidak kerana Aguero.

“Saya tidak fikir kekuatan kami hanya terletak di tangan Sergio Aguero,” kata Pellegrini. “Jika anda lihat, kami sudah bermain 23 perlawanan, terdapat 11 pemain yang bermain lebih panjang (berbanding bintang Argentina).”

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 January 2016 @ 5:10 AM