Oleh Murni Wan Omar


Kuala Lumpur: Seramai 102 pemandu teksi mengemukakan saman terhadap Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini berhubung aktiviti 'teksi haram' iaitu Uber, Grabcar dan Blacklane yang didakwa menjejaskan pendapatan mereka.

Berdasarkan writ dan penyata tuntutan, mereka memohon perintah deklarasi untuk mengharamkan operasi dan aktiviti Uber, Grabcar dan Blacklane kerana tidak mengikut Seksyen 2 Jadual Pertama Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

Mereka juga memohon injuksi kekal supaya SPAD tidak meluluskan sebarang aktiviti dan operasi tiga jenis perkhidmatan teksi itu.

Selain itu mereka memohon ganti rugi am, faedah dan kos.

Mereka yang diwakili Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pemandu Teksi Lembah Klang, Zailani Isa Usuludin memfailkan permohonan itu melalui Tetuan R Kengadharan.

Semua 102 pemandu teksi itu dinamakan sebagai plaintif dan SPAD dinamakan sebagai defendan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 Disember 2015 @ 4:17 PM