“Ini tidak adil. Kami bersusah payah mendapatkan lesen khas, kad pemandu dan menjalani ujian berkala di PUSPAKOM, tetapi mereka dengan mudah menjadi ‘pemandu teksi segera’ menggunakan aplikasi Uber, Blacklane GrabCar ini.

“Sekarang nak dapat satu penumpang pun susah gara-gara ‘dicuri’ oleh teksi sapu yang menawarkan harga lebih murah dari teksi awam.”

Begitu luahan seorang pemandu teksi dikenali sebagai Yan, 29, yang kecewa dengan tindakan pemandu teksi haram mengganggu perkhidmatan teksi di ibu kota.

Tinjauan Harian Metro di sekitar Bukit Bintang dan Sungei Wang, semalam mendapati teksi haram ini bergerak aktif menjalankan perkhidmatan mereka dengan menyasarkan pelancong asing serta rakyat tempatan sebagai penumpang.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Oktober 2015 @ 5:42 AM