Shamsubahrin minta Bank Negara ambil tindakan undang-undang terhadap pemandu Uber dan Grabcar. FOTO Syazwan Msar
Shamsubahrin minta Bank Negara ambil tindakan undang-undang terhadap pemandu Uber dan Grabcar. FOTO Syazwan Msar
Syazwan Msar

Kuala Lumpur: Bank Negara perlu mengambil tindakan undang-undang terhadap pemandu Uber dan Grabcar kerana mengambil wang daripada orang ramai tanpa kebenaran pihak berkaitan.

Pengasas Big Blue Capital Sdn Bhd Datuk Shamsubahrin Ismail berkata, pemandu perkhidmatan itu tidak mempunyai permit atau lesen sah untuk mengambil penumpang sekali gus tidak membenarkan mereka mengambil wang daripada orang ramai.

Berbeza dengan pemandu teksi yang mempunyai kebenaran daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk menjalankan perniagaan pengangkutan awam sekali gus membolehkan mereka mengutip bayaran daripada pelanggan.

"Jika tiada kebenaran daripada Bank Negara, pemandu Uber dan Grabcar sama seperti melakukan penggubahan wang haram iaitu mengambil bayaran tanpa kelulusan pihak berkaitan.

"Kesannya adalah pemandu Uber dan Grabcar boleh dikenakan tindakan undang-undang manakala pemilik syarikat itu terlepas kerana mereka hanya menyediakan aplikasi saja," katanya, dalam sidang media, di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 April 2016 @ 12:49 PM