FADILLAH menandatangani plak sempena Peluncuran Koperasi Gabungan Pemandu-Pemandu Ahli Parlimen Malaysia (GPMP) Berhad di Dewan Serbaguna, Kompleks Parlimen Malaysia hari ini. FOTO Bernama
FADILLAH menandatangani plak sempena Peluncuran Koperasi Gabungan Pemandu-Pemandu Ahli Parlimen Malaysia (GPMP) Berhad di Dewan Serbaguna, Kompleks Parlimen Malaysia hari ini. FOTO Bernama
BERNAMA

Kuala Lumpur: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini melancarkan Koperasi Gabungan Pemandu-Pemandu Ahli Parlimen Malaysia (GPMP) Berhad.

Pelancaran koperasi berkenaan yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Kompleks Parlimen itu turut dihadiri Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk R. Ramanan dan Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Lt Jen (B) Datuk Ahmad Norihan Jalal.

SKM dalam kenyataan memaklumkan penubuhan koperasi itu menyasarkan keahlian 300 ahli aktif Persatuan Gabungan Pemandu-Pemandu Ahli Parlimen Malaysia yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftar Penubuhan (ROS).

Bagi merancakkan sosioekonomi ahli, koperasi GPMP menetapkan lapan jenis aktiviti perkhidmatan sebagai aktiviti utama koperasi termasuk khidmat sewa kenderaan dan pembekalan makanan dan minuman.

Pada majlis itu, turut diadakan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara GPMP dengan anggotanya yang mengusahakan perniagaan perkhidmatan bekalan dan makanan, sebagai langkah permulaan untuk koperasi itu memulakan aktiviti perkhidmatan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Julai 2024 @ 4:47 PM