BANGUNAN SKM
BANGUNAN SKM
Nurul Hidayah Bahaudin


Kuala Lumpur: Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menafikan pihaknya mempunyai sebarang kaitan dengan Syarikat Allstar Capital.

SKM dalam kenyataan, hari ini, memaklumkan pihaknya menerima maklumat bahawa syarikat berkenaan melalui hantaran laman sesawang rasminya mengguna nama suruhanjaya itu sebagai penaung.

"Berikutan itu, kami menafikan sebarang kaitan dengan Syarikat Allstar Capital dan syarikat terbabit juga tidak bernaung di bawah SKM.

"Justeru itu, orang ramai dinasihatkan untuk meneliti dan membuat penilaian sewajarnya sebelum membuat pinjaman dan pelaburan yang dibuat adalah atas risiko sendiri.

"Sebarang pertanyaan, sila hubungi SKM di talian 03-20834000 atau https://aduan.skm.gov.my/ untuk sebarang aduan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Mei 2024 @ 6:48 PM