Muhammad Iqbal Ramli menunjukkan keadaan paras air banjir yang melanda kediamannya di Kampung Paroi,  awal pagi Khamis lalu. Foto MOHD AMIN JALIL.
Muhammad Iqbal Ramli menunjukkan keadaan paras air banjir yang melanda kediamannya di Kampung Paroi, awal pagi Khamis lalu. Foto MOHD AMIN JALIL.
Noorazura Abdul Rahman


Kuala Nerang: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menggagalkan cubaan menyeludup 700 kilogram (kg) daun ketum dianggarkan bernilai lebih RM56,000 ke Thailand di kawasan sempadan negara di Padang Terap, semalam.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam kenyataan hari ini berkata, daun ketum itu dirampas dalam sebuah pacuan empat roda di kawasan hutan berhampiran sempadan, pada 6.30 pagi.

"Pasukan menemukan Mitsubishi Pajero yang ditinggalkan dalam keadaan mencurigakan di kawasan hutan berdekatan dengan sempadan Malaysia-Thailand.

"Hasil siasatan mendapati 70 bungkusan mengandungi daun ketum dengan berat keseluruhan sebanyak 700 kg dengan anggaran nilai sebanyak RM56,000 berada di dalam kenderaan itu," katanya.

Menurut kenyataan itu, kesemua bungkusan dan kenderaan tersebut dengan anggaran nilai keseluruhan sebanyak RM81,000 diserahkan kepada Balai Polis Kuala Nerang untuk tindakan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Jun 2024 @ 8:57 AM