Keadaan trafik perlahan di Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah Utara di Slim River dan Sungai Buloh. FOTO Ihsan PLUS
Keadaan trafik perlahan di Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah Utara di Slim River dan Sungai Buloh. FOTO Ihsan PLUS
Raja Noraina Raja Rahim


Kuala Lumpur: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan mulai bergerak perlahan pagi ini, berikutan orang ramai mulai pulang ke kampung halaman menjelang sambutan perayaan Aidiladha pada Isnin ini.

Menerusi laporan terkini Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di akaun media sosial rasminya, trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak menghala Pantai Timur dari ibu negara, mula perlahan kerana pertambahan kenderaan.

"Trafik bergerak perlahan dari Plaza Tol Gombak sehingga Bukit Tinggi. Trafik juga perlahan menuju ke Lentang dan Bentong.

"Selain itu, trafik turut dilaporkan perlahan arah Utara di Sungai Buloh dan dari Tapah ke Gopeng," katanya.

Akaun rasmi X PLUS pula memaklumkan pengaktifan 'Smartlane' di beberapa laluan yang dijangka mengalami kesesakan berikutan pertambahan kenderaan.

Antara laluan 'Smartlane' dibuka adalah di Kilometer (KM) 280.0 sehingga KM276.30 arah Selatan, antara Nilai ke Bandar Ainsdale, dan KM367.3 sehingga KM354.0 arah Utara dari Slim River ke Sungkai.

Lorong paling kiri atau kecemasan boleh dilalui kenderaan ringan sahaja.

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada 17 Jun (Isnin) ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 Jun 2024 @ 9:39 AM