GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Ercy Gracella Ajos


Kuala Lumpur: Aliran trafik tinggi dilaporkan di beberapa laluan di lebuh raya utama sejak pagi tadi berikutan pertambahan jumlah kenderaan.

Ia susulan orang ramai pulang ke kampung halaman sempena cuti perayaan Deepavali, esok.

Menurut laman rasmi X Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), sehingga 8 pagi tadi, aliran trafik tinggi di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) arah timur iaitu sebelum Plaza Tol Gombak selain di Kilometer (KM) 33.8 sehingga KM 77.2 (Gombak ke Genting Sempah).

Katanya, aliran trafik perlahan di Lebuhraya Utara-Selatan iaitu dari arah Bangi ke Nilai, dan Seremban ke Senawang.

"Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) juga mencatatkan aliran trafik perlahan dari Bandar Serenia ke Nilai dan Putrajaya ke Bandar Gamuda Cove.

"Aliran trafik perlahan di Lebuhraya Utara-Selatan arah utara iaitu Ipoh Utara ke kawasan rehat dan rawat (RnR) Sungai Perak, Slim River ke Sungkai dan Tapah ke Gopeng," katanya.

LLM menerusi laporan di laman X juga memaklumkan, trafik perlahan dari KM120.9 hingga KM 123.55 arah Timur berikutan laluan kontra diaktifkan di lokasi.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline 1800-88-0000 dan laman Twitter di http://www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-887752 serta laman Twitter di http://www.twitter.com/LLMtrafik.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 November 2023 @ 10:37 AM