TRAFIK keluar dari ibu neagra bergerak perlahan di Plaza Tol Gombak berikutan cuti sempena Hari Raya Aidiladha. FOTO Bernama.
TRAFIK keluar dari ibu neagra bergerak perlahan di Plaza Tol Gombak berikutan cuti sempena Hari Raya Aidiladha. FOTO Bernama.
Raja Noraina Raja Rahim


Kuala Lumpur: Keadaan aliran trafik di beberapa lebuh raya menuju keluar ibu kota sesak berikutan pertambahan kenderaan sempena cuti Hari Raya Aidiladha.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi laporan di media sosial rasmi memaklumkan, trafik perlahan di Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah utara dari Senai ke Kulai dan Juru ke Sungai Dua.

Trafik juga perlahan arah Selatan dari Southville City ke Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban, dari Ayer Keroh ke Jasin.

Plus pula melaporkan terdapat kemalangan di Kilometer (KM) 419.2 arah Utara dari Bukit Tagar ke Lembah Beringin, namun tiada lorong terhalang dan trafik bergerak perlahan.

Trafik juga perlahan dari Taiping ke Bukit Merah kerana terdapat kemalangan di KM191.0.

Sementara LPT Trafik menerusi akaun laman sosial X setakat 1 tengah hari ini melaporkan aliran trafik perlahan sebelum Plaza Tol Gombak, Gombak, Bukit Tinggi dan Lentang akibat pertambahan kenderaan.

Selain itu, trafik perlahan di KM118.7 hingga KM123.9 arah Timur berikutan pertambahan kenderaan di laluan kontra.

Terdahulu, LLM menjangkakan jumlah kenderaan di Plus, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT2 meningkat sehingga 2.52 juta sempena perayaan Hari Raya Aidiladha pada 17 Jun ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 Jun 2024 @ 1:31 PM