KAKITANGAN NSTP mengedarkan akhbar percuma kepada pengunjung ke reruai NSTP ketika Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL 2024) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). FOTO /Mohamad Shahril Badri Saali

Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid

Kuala Lumpur: Reruai The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) menerima sambutan hangat apabila lebih 1,000 orang mengunjunginya sepanjang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) kali ke-41 yang bermula 24 Mei lalu sehingga penutupnya hari ini.

Pengurus Pembangunan Perniagaan dan Projek Khas NSTP, Tengku Kaifi Mirza Tuan Cherit berkata, pihaknya turut berpuas hati sepanjang penyertaan kali ketiga selepas Covid-19, penjualan barangan seperti buku mewah berkulit keras, novel dan e-paper mencapai sasaran.

"Keseluruhan barangan kita yang terjual adalah sebanyak RM50,000 termasuk e-paper, novel dan sebagainya. Kita sudah mencapai sasaran.

"Selain itu, (penyertaan ini) juga dapat memperkenalkan jenama kita kepada lebih ramai pengunjung," katanya ketika ditemui di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.

Mengulas lanjut, Tengku Kaifi Mirza berkata, penyertaan NSTP dalam PBAKL membolehkan pihaknya menerangkan secara langsung kepada pengunjung jenama dan produk yang ada.

"Lebih ramai pengunjung bertanya tentang akhbar digital, bagaimana nak melanggan akhbar ke rumah dan laman web berita yang kita ada.

"Ini disebabkan ada sesetengah pengunjung ini terutama yang lebih berumur tidak tahu menggunakan internet. Dengan cara seperti ini juga, kita dapat mengajar serta memberitahu langkah yang boleh diambil," katanya.

ANTARA pengunjung di reruai NSTP ketika Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL 2024), di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
ANTARA pengunjung di reruai NSTP ketika Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL 2024), di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). FOTO Mohamad Shahril Badri Saali

Menurutnya, sepanjang 10 hari penyertaan NSTP dalam PBAKL, ramai pelajar tidak melepaskan peluang untuk melanggan dan mendapatkan promosi e-paper yang berharga RM31.80 selama setahun.

"Ramai pelajar yang mengambil peluang ini. Walaupun mengambil doktor falsafah (PhD) sekalipun dan masih pelajar, dia layak untuk mendapat harga itu. Asalkan dia menunjukkan kad pelajar.

"Manakala kalau pelajar sekolah rendah atau menengah pula, guru mereka perlu memberikan surat dan kita akan memberikan tawaran promosi itu," katanya.

Beliau turut memberikan jaminan, pihaknya akan menyertai PBAKL selepas ini bersama-sama dengan sistem arkib NSTP yang dikenali sebagai KLIK.

"Insya-Allah. Pihak KLIK sendiri juga agak teruja sebab sasaran (penjualan) mereka melebihi daripada apa yang disasarkan," katanya.

TENGKU Kaifi (kanan), melayan pengunjung di reruai NSTP ketika Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL 2024), di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
TENGKU Kaifi (kanan), melayan pengunjung di reruai NSTP ketika Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL 2024), di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). FOTO Mohamad Shahril Badri Saali

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 Jun 2024 @ 2:39 PM