Pengunjung tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan edisi surat khabar kumpulan NSTP secara digital secara percuma sempena PABKL dengan mengimbas kod QR di reruai NSTP pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), Kuala Lumpur. FOTO AIZUDDIN SAAD
Pengunjung tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan edisi surat khabar kumpulan NSTP secara digital secara percuma sempena PABKL dengan mengimbas kod QR di reruai NSTP pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), Kuala Lumpur. FOTO AIZUDDIN SAAD
Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid


Kuala Lumpur: Sebanyak 3,000 naskhah akhbar terbitan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) diedar secara percuma setiap hari sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024 bermula 24 Mei sehingga 2 Jun ini.

Pengurus Pembangunan Perniagaan dan Projek Khas NSTP, Tengku Kaifi Mirza Tuan Cherit berkata, selain itu pengunjung juga boleh melanggan akhbar e-paper secara percuma selama seminggu.

"Pengunjung boleh memilih sama ada mahukan Harian Metro, Berita Harian atau New Straits Times yang kita berikan.

"Pengunjung boleh hadir ke reruai NSTP di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) dan dapatkan e-paper secara percuma ini," katanya ketika ditemui di sini, tadi.

Mengulas lanjut, Tengku Kaifi Mirza berkata, tujuan pihaknya memberikan langganan secara percuma akhbar e-paper selama seminggu ini adalah supaya orang ramai mengenalinya.

"Ada sesetengah orang keliru akhbar e-paper dan online (dalam talian). Mereka tak tahu, jadi kita kenalkan. Akhbar e-paper ini adalah replika untuk akhbar fizikal.

"Kelebihan akhbar e-paper ini adalah mereka boleh membaca seawal 12.30 malam.

"Di samping itu, kita juga menyasarkan pembelian langganan sebanyak RM50,000 untuk akhbar e-paper sepanjang pesta buku," katanya.

Beliau berkata, semasa di PBAKL 2024 ini, pihaknya turut menyediakan langganan selama setahun akhbar yang dihantar ke rumah.

Menurutnya, bagi langganan Isnin hingga Jumaat, harga yang ditawarkan adalah serendah RM344 manakala untuk Isnin hingga Ahad berjumlah RM500.

"Kalau dibandingkan dengan harga di luar yang ditawarkan oleh kita adalah kira-kira RM700 setahun.

"Selain itu, mana-mana individu yang mendaftar langganan akhbar dari rumah dengan kita di PBAKL 2024 ini juga akan diberikan hadiah payung dan topi percuma," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Mei 2024 @ 3:20 PM