GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO NSTP
GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO NSTP
BERNAMA

Kota Kinabalu: Grid bekalan elektrik Sabah berdepan kekurangan rizab penjanaan berikutan penyelenggaraan sedang dilakukan di Stesen Janakuasa Rugading di sini, bermula Sabtu (25 Mei) hingga 2 Jun ini.

Operator Sistem Grid Sabah dan Labuan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) Adrian Mosigil dalam kenyataan berkata berikutan itu, stesen tersebut tidak dapat menyuntik bekalan antara 65 MW hingga 95 MW ke dalam grid.

Beliau berkata, SESB akan memastikan bekalan elektrik kepada pengguna di Sabah dan Labuan kekal stabil, berikutan penutupan stesen janakuasa bebas itu.

"SESB sedaya upaya memastikan tiada catuan bekalan akan berlaku, namun sekiranya catuan bekalan perlu dilaksanakan, beberapa daerah (dicatu) bergilir-gilir pada kadar yang minima, bertujuan menstabilkan sistem grid elektrik negeri ini dan mengelakkan keseluruhan Sabah dan Labuan mengalami gangguan," katanya.

Adrian berkata secara purata, permintaan bekalan elektrik pada waktu puncak untuk Sabah dan Labuan sekitar 970 MW hingga 1,160 MW.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Mei 2024 @ 9:03 PM