GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
Zuliaty Zulkiffli


Alor Setar: Jumlah mangsa banjir di negeri ini berkurangan kepada 96 mangsa (25 keluarga) yang ditempatkan di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kulim dan Bandar Baharu.

Pengurangan membabitkan PPS Masjid Sungai Batu di Bandar Baharu yang kini mempunyai 18 mangsa (tujuh keluarga) setakat 5 petang, berbanding 58 orang pada pagi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Bandar Baharu, Leftenan (PA) Abdul Rahim Khairuddin berkata, ia susulan paras air di Mukim Sungai Batu yang surut, membolehkan penduduk terjejas pulang ke rumah masing-masing.

Katanya, bagaimanapun pemantauan lanjut masih dijalankan di kawasan Kampung Banggol Rashid.

Sementara itu, jumlah mangsa banjir di sebuah PPS di Kulim kekal 78 orang membabitkan 18 keluarga.

Mereka ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Agama Ihsaniah, Jangkang yang dibuka sejak tengah malam.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Mei 2024 @ 5:58 PM