MOHAMMAD Hamid Tanjung. FOTO ihsan Polis
MOHAMMAD Hamid Tanjung. FOTO ihsan Polis
Nurul Hidayah Bahaudin


Kuala Lumpur: Polis sedang mengesan lelaki warga Indonesia yang dilaporkan hilang selepas keluar berniaga di Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini, 3 April lalu.

Polis Kuala Lumpur dalam kenyataan, hari ini, memaklumkan pihaknya sedang mengesan Muhammad Hamid Tanjung, 32.

"Lelaki berketinggian 167 sentimeter itu dilihat kali terakhir memakai seluar panjang berwarna hitam.

"Lelaki berkenaan difahamkan tinggal di rumah sewa di sebuah flat di Kampung Baru," katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki terbabit boleh menghubungi Balai Polis Dang Wangi di talian 03-26912222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Mei 2024 @ 6:37 PM