Dua lelaki dikehendaki polis berkaitan kes samun dan menyamar di Setapak, Kuala Lumpur. Foto Ihsan PDRM
Dua lelaki dikehendaki polis berkaitan kes samun dan menyamar di Setapak, Kuala Lumpur. Foto Ihsan PDRM
Nurul Hidayah Bahaudin


POLIS sedang mengesan dua lelaki yang dipercayai terbabit kes samun dan menyamar polis di Setapak, Kuala Lumpur.

Kedua lelaki berkenaan dikehendaki bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395 dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai mereka terbabit diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju Asisten Superintendan M Hussin Sollehuddin Zolkifly di talian 017-2446363 atau 03-92899222.

Maklumat juga boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat kes, Inspektor Muhammad Izzat Mohd Shukri di talian 018-2684412 atau 03-92050357.

Selain itu, orang ramai boleh hubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran untuk tindakan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 Oktober 2019 @ 8:37 PM