LELAKI warga India, Shaik Mohamed Abdul Alif dilaporkan hilang sejak Februari lalu. FOTO Ihsan polis
LELAKI warga India, Shaik Mohamed Abdul Alif dilaporkan hilang sejak Februari lalu. FOTO Ihsan polis
Raja Noraina Raja Rahim


Kuala Lumpur: Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki warga India yang dilaporkan hilang ketika melancong di negara ini, sejak Februari lalu.

Polis Kontinjen Kuala Lumpur dalam kenyataan hari ini memaklumkan orang hilang dikenali Shaik Mohamed Abdul Alif, 41, berketinggian 170 sentimeter.

"Lelaki itu disedari hilang pada 20 Februari lalu dan dilaporkan hilang dua hari kemudian.

"Kali terakhir dia dilihat di Hotel M Palace Jalan Tunku Abdul Rahman di sini, dengan memakai baju lengan panjang warna kuning bercorak bunga hitam dan berkain sarung warna biru," katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Balai Polis Dang Wangi di talian 03-26912222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 April 2024 @ 7:50 PM