GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Pemilik akaun media sosial dikenali Muhammad Imran Suresh sedang dikenal pasti Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kenyataan dikeluarnya mengenai kejadian simbah asid tonggak skuad Harimau Malaya, Faisal Halim.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, individu berkenaan mendakwa mempunyai maklumat berkaitan kejadian yang menimpa Faisal.

"Jadi, kita mahu kesan dia untuk melihat maklumat apa yang dia ada boleh membantu siasatan.

"Mana-mana individu yang mempunyai apa-apa maklumat berkaitan boleh tampil bukan mengeluarkan kenyataan sehingga boleh menjejaskan siasatan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, siasatan masih dijalankan pelbagai sudut terhadap suspek yang direman semalam.

"Kita juga masih mengenal pasti motif sebenar kejadian itu," katanya.

Ditanya sama ada kemungkinan suspek diupah, beliau berkata, perkara itu belum dipastikan kerana siasatan masih berjalan.

"Kita masih menyiasat dan perlu siasatan yang adil," katanya.

Justeru itu, orang ramai diingatkan tidak membuat sebarang spekulasi yang tidak betul yang boleh menjejaskan siasatan

Terdahulu, seorang pemilik laman sosial Instagram mendakwa dia telah dipanggil polis bagi membantu siasatan kes membabitkan Faisal.

Beliau mendakwa mempunyai maklumat dan diminta menutup mulut mendedahkan mengenai kejadian sebenar yang menimpa pemain berkenaan.

Polis kesan saksi kejadian Safiq Rahim diserang

Alhamdulillah... Faisal stabil

Suspek sempat patah balik ambil botol terjatuh

KBS pastikan Faisal Halim dapat rawatan percuma di ISN - Hannah

Faisal mohon doa, kirim salam semua

Pelaku mahu 'padam' karier Faisal

Pelaku guna asid sulfurik pekat

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Mei 2024 @ 12:24 PM