HANNAH meminta PDRM untuk segera mengambil tindakan terhadap pelaku. FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN
HANNAH meminta PDRM untuk segera mengambil tindakan terhadap pelaku. FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN
Amirul Fazli Zulkafli

Kuala Lumpur: Menteri Belia dan Sukan (KBS), Hannah Yeoh mengecam tindakan kurang perikemanusiaan oleh individu tidak dikenali ke atas pemain Selangor FC, Faisal Halim apabila dirinya menjadi mangsa disimbah asid sebentar tadi.

Jelas Hannah, beliau juga memohon bantuan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat dan mengambil tindakan tegas kepada individu yang cuma membuat onar sehingga boleh mendatangkan kecederaan serius terhadap Faisal.

"Saya mengecam sekeras-kerasnya keganasan terhadap atlet. 'No violence in sports!' (Tidak ada keganasan di dalam sukan). Saya meminta PDRM untuk segera mengambil tindakan terhadap pelaku," katanya menerusi akaun Twitter rasminya.

Terdahulu Arena Metro melaporkan bintang Selangor FC dan skuad kebangsaan Faisal Halim dikhabarkan diserang oleh individu tidak dikenali sehingga badannya mengalami luka teruk selepas disembah asid.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, mengesahkan ia adalah gambar Faisal Halim atau dikenali dengan Mickey selepas tersebar di media sosial ketika ini.

Difahamkan, Mickey diserang selepas bermain go kart di sebuah pusat beli-belah terkemuka dan punca sebenar mengapa dirinya diserang masih menjadi tanda tanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Mei 2024 @ 7:01 PM