MANGSA ditemui selamat dan telah membuat pengesahan identiti di IPD Kota Kinabalu. FOTO ihsan Bomba
MANGSA ditemui selamat dan telah membuat pengesahan identiti di IPD Kota Kinabalu. FOTO ihsan Bomba
Juwan Riduan


Kota Kinabalu: Lelaki yang hilang ketika menyelam untuk mencari ikan di pantai Tanjung Lipat, di sini, ditemukan dalam keadaan selamat.

Mangsa Hendry Ritis Bailus, 52, dipercayai naik ke darat terlebih dahulu berbanding 14 rakannya sebelum mendakwa tersesat.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Riki Mohan Singh Ramday berkata, pihaknya menerima laporan mengenai mangsa ditemui dalam keadaan selamat.

"Mangsa selamat dan telah membuat pengesahan identiti di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu.

"Susulan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan 8.32 pagi tadi," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, warga Filipina itu dikatakan menjalankan aktiviti menyelam bersama 14 rakannya di perairan berkenaan kira-kira 8.30 malam kelmarin.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 April 2024 @ 12:56 PM