Pasukan bomba bersama APM menjalankan operasi pencarian di pesisir pantai Tanjung Lipat, Kota Kinabalu.
Pasukan bomba bersama APM menjalankan operasi pencarian di pesisir pantai Tanjung Lipat, Kota Kinabalu.
Juwan Riduan


Kota Kinabalu: Lelaki warga Filipina hilang ketika menjalankan aktiviti menyelam untuk mencari ikan di perairan Tanjung Lipat, di sini, malam tadi.

Mangsa Hendry Ritis Bailus, 52, dikatakan menjalankan aktiviti itu bersama 14 rakannya, kira-kira 8.30 malam.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Riki Mohan Singh Ramday berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2 pagi.

Katanya, seramai 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu diketuai Mohd Zulfadli Usman digerakkan ke lokasi.

"Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan di pesisir pantai berkenaan bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan setakat ini mangsa belum ditemui," katanya.

Katanya, maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 April 2024 @ 10:22 AM