ANGGOTA bomba membantu memindahkan mangsa banjir di Parit ke PPS SK Simpang 3, malam tadi. FOTO Ihsan JBPM
ANGGOTA bomba membantu memindahkan mangsa banjir di Parit ke PPS SK Simpang 3, malam tadi. FOTO Ihsan JBPM
BERNAMA

Ipoh: Sebanyak 209 mangsa daripada 73 keluarga dipindahkan ke sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) berikutan beberapa kawasan di daerah Hilir Perak, dinaiki air akibat hujan lebat malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Perak dalam kenyataan memaklumkan setakat 8 pagi ini, sebuah PPS dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang 3, Parit menempatkan penduduk dari Kampungg Serapoh dan Kampung Buloh Akar.

Minggu lepas, daerah itu dan dua lagi daerah iaitu Taiping dan Kuala Kangsar dilanda banjir yang memaksa lebih 500 mangsa berlindung di 10 PPS selama hampir seminggu.

Hujan lebat berterusan malam tadi turut menyaksikan beberapa kawasan dinaiki air di daerah Manjung, Lahat dan Ipoh termasuk di Taman Cempaka.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Mei 2024 @ 9:36 AM