ANGGOTA bomba memasang garis keselamatan di empat lokasi di Gunung Irau, Cameron Highlands.
ANGGOTA bomba memasang garis keselamatan di empat lokasi di Gunung Irau, Cameron Highlands.
Mohd Hafizee Mohd Arop


Cameron Highlands: Pasukan Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands mengambil inisiatif memasang garis keselamatan di empat lagi lokasi di Gunung Irau, di sini, bagi mengelakkan kejadian pendaki sesat.

Ia selepas seorang pendaki wanita, Norfatin Sulaiman, 29, sesat lebih 44 jam di gunung berkenaan ketika mengikuti aktiviti pendakian bersama 47 pendaki lain jam 5.30 petang Sabtu lalu sebelum ditemui pasukan mencari dan menyelamat dalam keadaan selamat.

Difahamkan, mangsa dipercayai tersasar daripada kumpulannya dan tersesat di gunung berkenaan sebelum pasukan mencari dan menyelamat menemuinya jam 2.15 petang, Isnin lalu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands Muhammad Haziq Hazmi berkata, pihaknya mengenal pasti empat lokasi yang boleh menyebabkan pendaki tersesat dan memasang garis keselamatan dan sawar-sawar termasuk di lokasi Norfatin dipercayai tersesat.

Katanya, langkah pemasangan itu bagi mengelakkan kejadian sama dan ia juga boleh menjadi tunjuk arah kepada pendaki bagi mengelakkan tersesat.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Februari 2017 @ 7:32 AM