ANTARA rumah penduduk di Kampung Pasir Raja, Hulu Dungun yang terkesan akibat banjir.FOTO Zatul Iffah Zolkiply
ANTARA rumah penduduk di Kampung Pasir Raja, Hulu Dungun yang terkesan akibat banjir.FOTO Zatul Iffah Zolkiply
Zatul Iffah Zolkiply


Kuala Terengganu: Hanya daerah Dungun yang masih terjejas menerusi banjir gelombang keempat yang bermula Selasa lalu.

Seramai 1,300 mangsa daripada 386 keluarga masih berlindung di 12 pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah berkenaan.

Terdahulu, terdapat tiga PPS iaitu dua di Besut dan satu di Hulu Terengganu ditutup secara berperingkat bermula tengah hari tadi.

Di Besut, dua PPS iaitu Masjid Bukit Payong dan Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Payong dibuka bagi menempatkan 22 mangsa daripada lima keluarga.

Di daerah Hulu Terengganu, empat keluarga membabitkan seramai 15 mangsa berlindung di PPS OKB Batu 23.

Sementata itu, antara PPS yang masih dibuka di Dungun adalah Dewan Serbaguna Kampung Shukor, Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja, Masjid Jamek Kampung Jongok Batu dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Jengai.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 January 2024 @ 5:51 PM