GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
Norzamira Che Noh


Shah Alam: Mahkamah Majistret di sini membenarkan dua pemilik syarikat direman dua hari bermula hari ini kerana disyaki menggunakan dokumen perjanjian yang mengandungi butir matan palsu bagi tujuan memperdayakan dan mendapatkan wang pelaburan bernilai kira-kira RM200,000.

Ia membabitkan kerja pembekalan pasir di sebuah daerah di negeri ini sedangkan projek tersebut tidak dilaksanakan.

Perintah reman sehingga esok itu dibenarkan Majistret Mohamad Syafiq Sulaiman selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan berkenaan pagi tadi.

Semalam, SPRM menahan dua suspek masing-masing seorang lelaki dan wanita berusia berusia 40-an dipercayai ditahan kira-kira jam 3.30 petang ketika hadir memberi keterangandi pejabat SPRM Selangor.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 Disember 2023 @ 1:51 PM