PARLIMEN Malaysia akan melaksanakan kutipan Tabung Kemanusiaan Palestin bermula hari ini, bagi membantu mengurangkan beban dan penderitaan rakyatnya yang terkesan akibat konflik di semenanjung Gaza. FOTO BERNAMA
PARLIMEN Malaysia akan melaksanakan kutipan Tabung Kemanusiaan Palestin bermula hari ini, bagi membantu mengurangkan beban dan penderitaan rakyatnya yang terkesan akibat konflik di semenanjung Gaza. FOTO BERNAMA
Mahaizura Abd Malik

Kuala Lumpur: Parlimen melancarkan kutipan dana menerusi Tabung Kemanusiaan Palestin Peringkat Parlimen Malaysia bermula hari ini.

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul berkata, inisiatif itu sebagai solidariti Parlimen Malaysia membantu mengurangkan beban dan penderitaan rakyat Palestin yang terkesan akibat konflik di Semenanjung Gaza.

"Parlimen Malaysia terpanggil untuk bersama-sama dalam usaha meringankan beban rakyat Palestin yang semakin hari terhimpit akibat konflik sedang melanda dan sebagai sokongan moral kepada mereka.

"Maka, Parlimen Malaysia akan melaksanakan kutipan Tabung Kemanusiaan Palestin Peringkat Parlimen Malaysia bermula 9 November," katanya Di Dewan Rakyat hari ini.

Johari berkata, sumbangan itu akan disalurkan terus kepada Tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin di bawah seliaan Kementerian Luar Negeri.

"Tabung khusus bagi tujuan ini akan ditempatkan di pintu masuk kiri dan kanan saya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 November 2023 @ 1:22 PM