PENDAKI negara yang menawan Gunung Mera Peak di Nepal, 1 November lalu.
PENDAKI negara yang menawan Gunung Mera Peak di Nepal, 1 November lalu.
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Tujuh pendaki negara yang menyertai Ekspedisi Gunung Mera Peak, Nepal, selamat tiba ke tanah air, hari ini.

Sebelum ini, kumpulan pendaki terbabit dilaporkan terkandas di Lukla berikutan gempa bumi berukuran 5.6 magnitud yang melanda sebuah kawasan terpencil di Nepal.

Wakil pendaki, Mohd Fakhrul Munir Mohd Isa, 41, berkata, tujuh pendaki pulang ke tanah air pada 9 pagi tsfi waktu tempatan.

"Tiga lagi individu akan pulang ke tanah air dijangka tiba di tanah air pada jam 5 pagi esok.

"Kumpulan pendaki terpaksa balik secara berasingan kerana pembelian tiket dilakukan secara berasingan," katanya ketika dihubungi, di sini.

Katanya, sepanjang berada di Kathmandu, hanya berlaku beberapa gempa susulan yang kecil.

Terdahulu, seramai 10 pendaki yang menyertai ekspedisi itu dilaporkan terkandas di Lukla berikutan gempa bumi berkenaan.

Pada 1 November lalu, tiga pendaki negara termasuk bekas jurugambar The New Straits Times Press (NSTP) Abdul Rahim Rahmat berjaya menawan Gunung Mera Peak berketinggian 6,476 meter dari paras laut (mdpl).

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 November 2023 @ 4:47 PM