JURUPANDU akan pastikan keselamatan nyawa pendaki diutamakan.
JURUPANDU akan pastikan keselamatan nyawa pendaki diutamakan.
Oleh Muhammad Saufi Hassan


Kuala Lumpur: Jurupandu gunung umpama nadi bagi setiap ekspedisi pendakian kerana individu ini memastikan objektif pendakian tercapai di samping memastikan keselamatan semua pendaki yang menyertai ekspedisi itu.

Seorang pendaki, Mohd Dendera Billah Zamzuri, 35, berkata, setiap ekspedisi pendakian memerlukan jurupandu bagi mengemudi misi pendakian ke puncak gunung serta mengurangkan risiko kemalangan ketika mendaki.

“Setiap misi pendakian mempunyai objektif sama iaitu menawan puncak gunung, namun cabaran setiap ekspedisi berbeza berdasarkan bentuk muka bumi dan jenis gunung itu sendiri.

“Disebabkan itu, penting bagi jurupandu arif berhubung trek pendakian digunakan, selain pengalaman untuk digunakan ketika berlaku kecemasan kepada ahli ekspedisi,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Mohd Dendera yang juga seorang jurupandu berkata, dia pernah berdepan detik cemas ketika mendaki Puncak Mera (Mera Peak) di Nepal apabila seorang ahli ekspedisi mengalami mabuk gunung (AMS).

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 November 2015 @ 5:39 AM