POGACAR mengangkat lima jari sebagai tanda kemenangan lima peringkat. -FOTO Reuters
POGACAR mengangkat lima jari sebagai tanda kemenangan lima peringkat. -FOTO Reuters
AFP

Santa Cristina Val Gardena, Itali: Tadej Pogacar meneruskan penguasaannya di Giro d'Italia apabila muncul juara peringkat ke-16 yang dipendekkan semalam dan terpaksa bermula lewat tiga jam ekoran pelumba yang memberontak kerana perlu melalui kawasan bersalji.

Pelumba bintang dari Slovenia, Pogacar, setakat ini sudahpun memenangi lima kemenangan peringkat dan kedua berturut-turut pada penyertaan pertamanya di Giro dalam usaha untuk merangkul kejayaan ketiga di Grand Tour.

Pemenang dua kali Tour de France itu boleh terus kekal sebagai pendahulu biarpun berada dalam peloton besar dan masih mendahului perlumbaan selama tiga minggu namun dia melepasi Giulio Pellizzari pada kilometer terakhir sebelum mengangkat lima jari ketika melepasi garisan.

Pogacar memberikan Pellizzari jersi merah jambu, jersi untuk pendahulu keseluruhan selepas pasangan itu berpelukan di akhir perlumbaan yang diselubungi kekecohan dan pemberontakan terhadap penganjur perlumbaan RCS.

Pelumba sepatutnya memulakan peringkat pendakian sejauh 202 kilometer antara Livigno dan Santa Cristina Val Gardena pada jam 11:20 pagi (waktu tempatan) tetapi perancangan itu terpaksa diubah selepas beberapa jam berbincang berikutan kekecohan yang timbul akibat kemarahan pelumba dengan perlumbaan bermula pada 2:30 petang.

Peringkat itu terpaksa dipendekkan dan akhirnya bermula di Laas, 118km dari garisan penamat, disebabkan keadaan berbahaya selepas pelumba memberontak dan menyatakan rasa tidak puas hati terhadap penganjur yang mendesak untuk perlumbaan sehari penuh.

"Hari itu bermula dan kami tidak tahu apa yang perlu dilakukan tetapi sebaik sahaja kami mula berlumba, semuanya baik saja," kata Pogacar

"Pada mulanya sejak semalam saya hanya berfikir untuk selamat hari ini, akhirnya semuanya baik saja untuk kami dan juga saya fikir baik untuk rakyat, baik untuk semua orang. Saya rasa kita patut gembira dengan keadaan itu."

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Mei 2024 @ 8:39 AM