PREMIS urut yang diserbu polis selepas dipercayai menggaji pekerja warga asing tanpa permit. FOTO Ihsan Polis.
PREMIS urut yang diserbu polis selepas dipercayai menggaji pekerja warga asing tanpa permit. FOTO Ihsan Polis.
Muhaamad Hafis Nawawi


Ampang Jaya: Polis menyerbu premis urut di Taman Cahaya di sini, kelmarin yang menggajikan pekerja warga asing tanpa permit.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, serbuan oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Ampang Jaya pada 3.45 petang.

Katanya, turut ditahan penjaga premis (lelaki) berusia 22 tahun bersama enam tukang urut iaitu lima wanita Indonesia dan seorang wanita China berumur antara 40 hingga 58 tahun.

"Pasukan turut merampas anak kunci loker, satu botol minyak, dua tuala dan wang tunai RM308.

"Semakan ke atas tangkapan pertama hingga keenam menunjukkan tiada rekod jenayah, manakala ujian air kencing kesemuanya negatif dadah," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, semua suspek direman empat hari bermula semalam untuk siasatan mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

"Pihak polis memberi amaran dan nasihat kepada orang ramai supaya tidak terbabit dalam apa-apa perbuatan menjalankan premis dengan menggajikan pekerja asing tanpa permit yang sah dan bekerja tanpa permit yang sah," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 September 2023 @ 3:48 PM