GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Noor Hidayah Tanzizi


Kuala Lumpur: Sembilan negeri di Semenanjung termasuk Sabah berdepan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga 5 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan ramalan cuaca itu membabitkan tujuh kawasan di Perak iaitu Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

Menurutnya, selain itu Kelantan juga berdepan amaran cuaca sama di Jeli, Bachok, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang, manakala Terengganu di Besut dan Setiu.

"Bagi Pahang ia membabitkan kawasan di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Kuantan dan Rompin, manakala Hulu Selangor, Selangor dan Melaka.

"Selain itu, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin di Negeri Sembilan, kawasan di Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Kulai dan Kota Tinggi di Johor juga dijangka berdepan cuaca sama," katanya.

Kenyataan itu turut menyenaraikan Sabah iaitu Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat dan Kudat (Kota Marudu) serta Labuan dijangka berdepan ramalan sama.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 Ogos 2023 @ 3:03 PM