GAMBAR hiasan. FOTO Aizuddin Saad
GAMBAR hiasan. FOTO Aizuddin Saad
Noor Hidayah Tanzizi


Kuala Lumpur: Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di sembilan negeri termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga 6 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam satu hantaran di Facebook memaklumkan amaran cuaca itu membabitkan Bera dan Rompin di Pahang serta Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang, Selangor selain Melaka serta Johor.

Menurutnya, Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Negeri Sembilan membabitkan Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau turut dijangka berdepan cuaca sama.

"Selain itu, Sarawak pula membabitkan Kuching, Serian, Samarahan, Betong (Pusa dan Betong), Miri (Miri dan Marudi) dan Limbang.

"Di Sabah pula membabitkan Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Tambunan), Pantai Barat (Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Tawau (Tawau dan Lahad Datu), Sandakan (Tongod, Kinabatangan dan Beluran) dan Kudat (Kota Marudu)," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 Mac 2023 @ 4:15 PM