Noor Hidayah Tanzizi


Kuala Lumpur: Hampir keseluruhan negeri termasuk Kuala Lumpur berdepan cuaca amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang, dijangka berterusan sehingga 6 petang ini.

Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), selain Kuala Lumpur ramalan cuaca itu dijangka membabitkan Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Limbang, Sarawak.

Menurutnya, selain itu, beberapa kawasan Perak iaitu Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim serta Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang di Kelantan turut berdepan cuaca sama.

"Di Terengganu cuaca itu dijangka membabitkan Besut, Hulu Terengganu dan Dungun, manakala Pahang di Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Rompin selain Selangor akan membabitkan Sabak Bernam,Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat.

"Selain itu turut berdepan cuaca sama ialah Negeri Sembilan di Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Tampin selain Johor membabitkan kawasan Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi," katanya, hari ini.

Kenyataan itu turut memaklumkan Sabah iaitu Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu) juga dijangka berdepan cuaca sama.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Julai 2023 @ 4:56 PM