FOTO HIASAN.
FOTO HIASAN.
Noor Hidayah Tanzizi


Kuala Lumpur: Sebanyak 11 negeri termasuk Kuala Lumpur, Putrajaya dan Sabah dijangka berdepan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga jam 6 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan ramalan cuaca itu membabitkan Kuala Muda, Sik, Baling dan Kulim, Kedah dan Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim di Perak.

Menurutnya, selain itu turut berdepan cuaca sama di Kelantan membabitkan Jeli dan Gua Musang, Dungun, Terengganu dan Pahang di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong dan Temerloh.

"Selangor pula membabitkan Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

"Selain itu, Jelebu, Negeri Sembilan dan Johor di Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru juga berdepan cuaca sama.

"Manakala Sabah pula membabitkan Pedalaman (Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Tawau (Kunak dan Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu)," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Mei 2023 @ 4:43 PM