KETUA Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong. FOTO Danial Saad
KETUA Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong. FOTO Danial Saad
Zuhainy Zulkiffli


Georgetown: Polis tidak menolak kemungkinan akan ada lagi tangkapan dibuat bagi membantu siasatan berhubung insiden pergaduhan membabitkan penyokong dua pasukan bola sepak di sebuah stesen minyak selepas perlawanan akhir Liga Super, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, ia berdasarkan siasatan yang dijalankan dan penahanan 20 lagi individu lagi yang disyaki terbabit insiden itu.

"Polis tidak menolak kemungkinan akan ada lagi tangkapan susulan dibuat berdasarkan siasatan yang dijalankan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh hubungi Pegawai Penyiasat di talian 01119078888 bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Soffian berkata, ujian saringan air kencing terhadap seramai 20 suspek berkenaan didapati negatif daripada pengambilan dadah.

"Dua daripadanya mempunyai rekod lampau membabitkan dadah," katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 akta sama.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 Ogos 2023 @ 4:46 PM