GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
Zuhainy Zulkiffli


Georgetown: Lelaki ditahan kerana disyaki terbabit kes pukul sepasang kekasih di sini, baru-baru ini.

Video kejadian itu dipercayai dirakam ibu kepada kekasih berkenaan tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku 6 pagi, 1 Okt lalu di Bandar Baru Georgetown.

"Pergaduhan berpunca daripada perselisihan faham dan pertengkaran mulut sehingga menyebabkan pergaduhan.

"Pada 11.45 pagi hari sama, polis menahan lelaki berusia 28 tahun di kawasan Jalan Patani untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Soffian berkata, suspek yang mempunyai empat rekod jenayah dan seorang lagi suspek dituduh di Mahkamah Majistret mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan.

"Seorang daripada mereka turut dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan," katanya.

Sehubungan itu beliau menasihati orang ramai supaya tidak menularkan rakaman video yang boleh mencetuskan spekulasi.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 Oktober 2023 @ 10:36 AM