GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Nor Amalina Alias


Pasir Puteh: Lelaki dipercayai suspek kejadian kejadian tembakan di Kampung Telosan, di sini, semalam direman selama tujuh hari bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, suspek berusia 45 tahun ditahan semalam, hasil maklumat daripada mangsa.

"Hasil siasatan awal mendapati suspek mempunyai dua rekod lampau berkaitan kesalahan narkotik.

"Mahkamah kemudian membenar suspek direman tujuh hari sehingga 22 Ogos.

"Polis juga sedang mengesan beberapa suspek yang masih bebas," katanya.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

"Individu yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian boleh ke balai polis berhampiran atau berhubung dengan pegawai penyiasat kes, Inspekto Muhammad Nabil Aizat Rusdy di talian 013-6232713," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 Ogos 2023 @ 7:36 PM